suria

Ambil masa seminggu untuk dibina, patung Doraemon musnah sekelip mata angkara kucing nakal

Kejadian berlaku di sebuah kedai permainan di New York. FOTO: AsiaWire/@boogy.jun.

SELAIN sifatnya yang comel, kucing juga dikenali sebagai haiwan yang nakal.

Terbaharu, seorang pekerja kedai permainan di New York berdepan detik malang tapi melucukan apabila patung Doraemon yang dibinanya musnah angkara perbuatan seekor kucing nakal.

Pekerja itu mengambil masa seminggu untuk menyusun 2,342 blok kecil bagi membentuk figura karakter kartun popular Jepun itu.

Dia kemudiannya berkongsi di Facebook mengenai bagaimana kucing itu memusnahkan usaha gigihnya dalam sekelip mata.

Namun kata pekerja itu lagi, dia agak kecewa tetapi tidak mampu untuk marah kerana kucing tersebut terlalu comel.

Posting Facebook itu turut mengundang banyak komen yang rata-ratanya terhibur dengan kisah kucing nakal itu. - Mirror.

kucing nakal, patung Doraemon

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan