suria

Lelaki lamar kekasih dilabel jijik, buat kejutan letak cincin tunang dalam bekas tembakau

Seorang lelaki meletakkan cincin pertunangan di dalam bekas tembakau. Foto Daily Star

PENGGUNA laman sosial Facebook dikejutkan dengan satu posting yang menunjukkan seorang lelaki warga Amerika melamar kekasihnya menjadikan bekas tembakau sebagai kotak cincin.

Posting tersebut yang dikongsikan dari Instagram ke halaman grup Facebook popular “That’s it, I’m Wedding Shaming (non ban-happy edition)”, bukan sahaja mengelirukan netizen malah dianggap menjijikkan.

Menerusi kapsyen dalam posting Instagram yang asal, tunang baharu lelaki itu berkata: "Dia kata ' adakah anda mahu ke dalam hidup bersama saya' dan sudah tentu saya katakan ya!

Bakal pengantin itu menambah: "Saya mempunyai segala-galanya yang saya mahukan. 

Dia turut memuji tindakan tunangnya itu melamarnya.

Bagaimanapun, cara lamaran kreatif itu dipersoalkan kerana seseorang mengunyah tembakau dan mengambilnya ke dalam tin sebelum mengunyah tembakau penyebab kanser itu.

"Ia menjijikkan," tulis seorang netizen.

"Tidak, tidak, tidak. Saya tak akan," ujar yang lain. - Daily Star

tunang, lamar, cincin, tembakau

Artikel Lain