BEBERAPA saksi mendakwa mengesan sebuah roket yang bercahaya melintasi ruang udara pantai Florida di Amerika Syarikat, meskipun tiada pelancaran daripada Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa). Rakaman diambil semasa hari Tahun Baharu dengan garisan oren yang pelik melintasi perairan. Jurukamera kemudian mengalihkan kamera ke bahagian atas sekali gus menunjukkan sesuatu yang dipercayai sebagai roket. "Pernah lihat roket tak bergerak?" soalnya. "Ia tidak bergerak. "Ia bergerak perlahan," katanya. Kebanyakan yang lain berkata, mereka turut melihat perkara yang sama. Bercakap kepada WPTV, John Simard yang mengambil gambar ketika matahari terbenam berkata: "Saya tahu apa yang lihat sama ada ia adalah peluru berpandu atau roket." "Apa yang saya tak faham adalah mengapa saya melihatnya di kawasan itu kerana tiada pelancaran (roket) di lautan." Josh Plauche yang turut melihat gambar-gambar itu mengakui ia kelihatan seperti roket atau mungkin adalah 'alien'. - Daily Star