SATU klip video memaparkan seorang kanak-kanak kecil yang selamba berjalan berulang-alik di tepi balkoni tingkat lima di sebuah bangunan menjadi tular di internet.
Tanpa pengawasan orang dewasa, kanak-kanak itu dilihat berjalan meniti laluan tersebut dan berulang alik di antara balkoni dengan tingkap di tepi bangunan tersebut.
Kanak-kanak berkenaan hanya memegang dinding agar tidak terjatuh.
Malah dia juga dilihat berjalan dengan selamba dan sesekali dilihat melompat.
Klip berdurasi 40 saat itu berakhir dengan kanak-kanak tersebut dilihat menjenguk ke dalam tingkap.
Dipercayai kejadian itu berlaku di lokasi percutian popular di Tenerife, Sepanyol. - Dailystar