suria

Penat dilayan seperti patung, wanita Barbie dedah mahu ubah diri kepada penampilan asal

Valeria Lukyanova cukup dikenali sebagai wanita berpenampilan seperti patung Barbie.

SEORANG model yang mencipta nama sebagai wanita Barbie mengakui sudah penat dengan penampilan itu.

Valeria Lukyanova, 34, berkata, dia sudah tidak suka gaya patung Barbie yang kini sebati dengan dirinya.

Lebih teruk, dia juga sering dilayan seperti patung sehingga menimbulkan kekecewaan dalam dirinya.

Menurut Valeria, dia sebelum ini melakukan pembedahan payudara untuk menjadikan penampilannya lebih realistik.

Malah, dia juga terpaksa mengenakan solekan, kanta lekap berwarna serta menjalani diet ketat.

"Ia kelakar dan sedih pada masa sama apabila saya hanya dikenali sebagai Barbie.

"Beginilah saya dilayan setiap hari di mana-mana sahaja, seperti patung," katanya lagi. - Daily Star.

Valeria Lukyanova, Barbie, patung

Artikel Lain