SETELAH menikmati musim cuti bersama pada hujung tahun, bulan Januari didakwa sebagai bulan yang bakal merekodkan banyak kes putus cinta. Pada minggu pertama Januari 2020 sahaja, dijangka sekitar 50,000 pasangan akan memulakan kecurangan mereka. Biarpun angka itu kedengaran mengarut, ia dibuktikan menerusi satu kajian berdasarkan pungutan data oleh IllicitEncounters.com yang juga laman web cari jodoh. Dakwa laman web itu, Januari merupakan bulan paling sibuk untuk kes curang. Malah, 120,000 kes curang dijangka direkodkan pada Januari 2020. Kajian juga menunjukkan 6 Januari sebagai hari paling ramai orang berpisah dengan pasangan mereka. - Daily Star.