NAJIS haiwan, bangkai ular, lalat dan sampah. Itu antara yang ditemui dalam sebuah rumah sewa di Lanarkshire, Scotland. Kisah itu dikongsikan oleh pemilik rumah berkenaan, John Stark, 50, yang mengakui kecewa dengan tindakan bekas penyewanya itu. Ujarnya, dia mendapat tahu mengenai situasi rumah itu pada Sabtu lalu. Penyewa berkenaan merupakan pasangan lelaki dan perempuan dengan tiga anak dan sudah menyewa sejak lima tahun lalu. "Saya seorang tukang paip dan sudah lihat banyak perkara jijik. Tapi rumah ini lebih jijik. "Ia bagaikan mimpi ngeri," ujar John. Tambahnya lagi, dia berasa seperti diperbodohkan apabila dibiarkan dengan tunggakan oleh bekas penyewanya itu. "Saya terpaksa mesej mereka setiap bulan, biasanya sewa dibayar lewat seminggu atau dua minggu. "Kemudian mereka berhenti bayar sewa sejak setahun lalu," ujarnya lagi. - The Sun.