suria

Bapa perogol serang 195 lelaki bersuara, rakan di Indonesia labelkan Reynhard Sinaga pelajar popular - “Hukuman yang dikenakan setimpal”

Di dalam bilik apartment inilah Reynhard Sinaga melakukan perbuatan terkutuknya. Foto PA

BAPA kepada perogol paling dikehendaki di United Kingdom (UK), Reynhard Sinaga berkata, hukuman yang dikenakan terhadap anaknya adalah setimpal.

Reynhard dipenjara seumur hidup selepas disabitkan bersalah memberikan dadah dan merogol seramai 195 lelaki.

Pemuda berusia 36 tahun dari Indonesia itu melakukan serangan tersebut sejak dua setengah tahun selepas menyambung pengajian di Manchester.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap mangsa, perogol paling dikehendaki di Britain ‘tumpas’ di tangan pemain ragbi

Bercakap kepada BBC Indonesia, bapanya, Saibun Sinaga yang merupakan taikun hartanah berkata: "Kami terima keputusan itu. Hukumannya setimpal dengan jenayah yang dilakukannya.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes ini," tambahnya.

Reynhard Sinaga. Foto PA

Reynhard yang merupakan anak kelahiran Jambi, Indonesia membesar di Sumatera.

Dia menuntut di Indonesia sebelum pergi ke UK pada 2007.

Seorang rakan yang belajar bersamanya di Universiti Indonesia memberitahu BBC dengan melabelkan Reynhard sebagai popular.

Reynhard yang merupakan pelajar PHD membawa mangsa yang mabuk ke apartmentnya di Montana House di Princess Street, Manchester sebelum meletakkan dadah dalam minuman mereka.

Dia kemudian merakamkan aksinya merogol mangsa yang kesemuanya dalam keadaan tidak sedarkan diri, dan sering melakukannya beberapa kali selama beberapa jam. - Mirror

Artikel Lain