suria

Tragis! Budak 2 tahun dipercayai dibunuh selepas beberapa jam sambut hari lahir

Kiegon O'Brien yang menyambut hari lahirnya pada Isnin meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital dari rumahnya di Doncaster, South Yorkshire pada Rabu. Foto: Facebook

MENYAYAT hati! Seorang kanak-kanak dibunuh hanya selepas beberapa jam menyambut hari ulang tahun kelahirannya yang ke-2.

Kiegon O'Brien meninggal dunia pada Khamis selepas dikejarkan ke hospital dari rumahnya di Doncaster, South Yorkshire pada Rabu.

Lebih menyedihkan, sepanduk tertulis 'selamat hari lahir yang ke-2' masih kelihatan di tingkap rumah keluarganya, selain jambangan bunga tanda penghormatan diletakkan di pintu.

Susulan kematian kanak-kanak tersebut, polis menahan seorang lelaki berusia 36 tahun dan seorang wanita berusia 32 tahun kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan itu dan kini sedang disoal siasat.

Kiegon meraikan sambutan hari ulang tahun kelahirannya pada hari Isnin dan ibunya berkongsi video lucu dirinya menari bersama adik-beradiknya di Facebook.

Ketua Polis South Yorkshire James Ax berkata: "Kehilangan nyawa adalah tragis, dan kematian anak kecil ini tidak dapat dinafikan sesuatu yang dahsyat.

"Kami mempunyai pasukan pegawai berdedikasi yang ditugaskan untuk siasatan ini.

"Dua orang sedang berada dalam tahanan dan kami bekerja keras untuk mencari punca dan keadaan sebenar yang membawa kepada kematian kanak-kanak ini." - Mirror

ulang tahun, hari lahir, budak, tragis

Artikel Lain