suria

Wanita menyamar jadi budak lelaki demi puaskan nafsu akhirnya kantoi, dipenjara lapan tahun

Gemma berjaya memperdaya gadis dengan menyamar menjadi seorang remaja lelaki. Foto: Met Police

DEMI memuaskan nafsu sendiri, seorang wanita sanggup mengubah penampilan dan menyamar menjadi remaja lelaki.

Gemma Watts, 21, berjaya memperdaya gadis-gadis yang dikenali menerusi aplikasi media sosial di internet dengan menyamar sebagai 'Jake Waton'.

Dia akan berbalas mesej termasuk bertukar-tukar gambar intim bersama mangsa menerusi media sosial.

Dengan berpenampilan seperti remaja lelaki, Watts yang tinggal di Enfield, utara London, mengikat rambutnya dan memakai topi malah sanggup mengembara dengan menaiki kereta api untuk bertemu mangsa-mangsanya.

Kesemua mangsa percaya mereka sedang menjalin hubungan dengan seorang remaja lelaki sehinggalah taktiknya dibongkar oleh pihak polis.

Dilaporkan, seramai 50 orang gadis telah menjadi mangsa serangan seksualnya.

Wanita itu diajtuhkan hukuman penjara selama lapan tahun kerana melakukan serangan seksual. - Metro.co.uk

menyamar, budak lelaki, seksual, nafsu, penjara

Artikel Lain