PUTERA William dan adiknya, Putera Harry bersama-sama menafikan dakwaan mengenai Harry dan isterinya, Meghan Markle membabitkan keluarga diraja kerana disingkirkan daripada sikap buli Duke of Cambridge. Putera Harry difahamkan dalam kemelut mengenai keputusannya yang menjadi subjek rundingan krisis yang diadakan oleh Ratu Elizabeth di Sandringham, England pada Isnin. Meghan Markle dikatakan dipengaruhi dengan langkah yang luar biasa mengenai pasangan itu hasrat untuk berundur daripada tugasan rasmi diraja. ARTIKEL BERKAITAN: Putera Harry, Meghan pilih undur diri dari keluarga diraja ARTIKEL BERKAITAN: Meghan terbang ke Kanada jumpa Archie, Putera Harry masih di UK selesai kemelut diraja Menurut sumber kepada The Times: "Dia mahu tinggalkan... dia fikir ia tidak menjadi baginya. "'Harry berada di bawah tekanan yang memilih, ia menyedihkan. Dia sayangkan Ratu, dia sukakan negara ini. "Dia suka semua kelengkapan ketenteraannya dan saya fikir ia benar-benar akan mengguriskan hatinya untuk berundur. "Saya tidka fikir itu apa yang dia mahu. Saya fikir mereka mahu rumah pengantara," menurut sumber itu. Kedua-dua Putera William dan Putera Harru bagaimanapun segera menafikannya dan menyifatkan ia sebagai 'berita palsu'. Menurut satu kenyataan bersama William dan Harry yang juga dikenali sebagai Duke of Cambridge dan Duke of Sussex: "Walaupun dengan penafian yang jelas, satu berita palsu dalam sebuah akhbar United Kingdom hari ini membuat spekulasi mengenai hubungan antara Duke of Sussex dan Duke of Cambridge,” kata kenyataan itu. "Bagi adik-beradik yang amat menitik beratkan isu berhubung kesihatan mental, penggunaan bahasa kasar sebegitu amat menyinggung perasaan dan membahayakan," tambah kenyataan itu. - Mail Online