suria

Masih ramai bakal mentua nak tengok bukti darah, doktor buat duit tawar pembedahan pulih dara

Kos pembedahan 'pulih dara' dilaporkan mencecah RM16,000. -foto Getty

DOKTOR-doktor British dilaporkan memperoleh habuan lumayan daripada pembedahan 'pulih dara' yang dilakukan oleh wanita muda.

Menurut Sunday Times, industri rahsia 'memulihkan dara' sedang berkembang di United Kingdom (UK), yang mana terdapat keluarga yang masih memegang kepada tradisi untuk bakal pengantin perempuan membuktikan mereka masih suci.

Akhbar itu mendakwa bahawa sekurang-kurangnya 22 klinik swasta di seluruh UK menawarkan khidmat 'hymenoplasty' atau 'pembaikan selaput dara' dan mengenakan caj sehingga £3,000 (RM15,899) untuk prosedur itu yang mengambil masa sehingga satu jam dan dilakukan di bawah anestetik tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Simpan’ dara hanya untuk suami, wanita ini bermasalah lakukan hubungan seks

Mereka yang menjalani pembedahan itu mahu membuktikan kepada bakal suami mereka bahawa mereka masih dara dengan majoriti yang melakukannya adalah wanita Muslim yang mana penganutnya dilarang melakukan seks luar nikah

Pembedahan membina lapisan kulit dalam vagina yang terjejas ketika melakukan hubungan seks sekali gus dilihat 'menipu' bakal suami bahawa wanita yang dikahwininya masih belum pecah dara.

Seorang pelajar Arab Saudi yang tinggal di London, dilaporkan membelanjakan £1,500 (RM7,950) untuk menjalani pembedahan itu beberapa hari selepas ulang tahun ke-18, menjelang pernikahannya yang diatur dengan seorang lelaki yang lebih tua.

Menjelaskan bahawa bakal ibu mentuanya dijangka mahu melihat kesan darah pada cadar dia berkata: "Saya secara rahsia mempunyai teman lelaki dan kami bahagia bersama tetapi saya tahu ibu bapa saya tak akan biarkan saya berkahwin dengannya."

Bimbang dimarahi abangnya jika dia sudah tiada dara, dia menjalani pembedahan itu dan berasa lega apabila terdapat kesan darah pada malam pertamanya.

Mohammad Masood mengakui ramai wanita Muslim melakukan pembedahan pulid dara di tempatnya. -foto MAS Gynecology

Klinik-klinik swasta yang menjalankan pembedahan itu, yang mana ia sah di UK, tidak mengumpul statistik mengenai jumlah mereka yang melakukan prosedur itu, tetapi kira-kira 9,000 atau lebih dipercayai telah membuat carian di Google tahun lepas.

Pengarah klinik MAS Gynecology di London, Mohammad Masood berkata permintaan meningkat empat kali ganda dari 10 pertanyaan enam tahun lalu.

Masood menjelaskan bahawa pesakitnya yang boleh dikatakan semuanya Muslim menemui dirinya secara dalam talian tetapi menambah turut menerima pertanyaan dari anggota masyarakat Roma.

Pengasas kebebasan Aneeta Prem memberitahu Sunday Times bahawa terdapat golongan wanita yang sering takut ditakrifkan sebagai 'barang terpakai'.

"Ini satu amalan yang mengerikan, tetapi saya faham mengapa mereka berasa begitu tertekan," katanya.

Natasha Rattu, dari badan amal Karma Nirvana berkata: "Ini soal mengawal wanita dan mengawal seksualiti mereka."

Sementara itu, kit 'hymen buatan' juga boleh diperolehi dalam talian, yang mengandungi darah palsu dan pil pengetat yang perlu dimasukkan sebelum melakukan hubungan seks. -Metro UK

doktor, pembedahan, dara, selaput, darah

Artikel Lain