suria

Makanan dipesan tak sampai tapi dikenakan caj, ibu tunggal tak mampu buat pesanan baharu

Clair Edwards memberitahu dia tidak mampu untuk membayar sekali lagi untuk membuat pesanan lain. Foto BPM Media

SEORANG ibu tunggal berang apabila sebuah restoran piza gagal menghantar pesanannya meskipun bayaran telah dibuat.

Keadaan tersebut katanya telah merosakkan sambutan hari jadi adiknya.

Clair Edward, 34, membuat pesanan beberapa makanan di sebuah restoran Dominos di Trent Vale, dekat Stoke-on-Trent di England.

Adiknya turut memesan dua piza pada masa sama dan menerima pengesahan emel berhubung pesanan itu.

Menurut laporan Stoke-on-Trent Live, Clair bagaimanapun tidak menerima sebarang pesanan meskipun caj telah dikenakan pada akaun banknya.

Clair berkata, dia tidak mampu lagi membelanjakan sebanyak £30 untuk makanan, maka dia dan anak lelakinya, adik, ibu dan bapanya perlu berkongsi hanya dua piza.

Clair yang merupakan pengurus teksi dari Stoke berkata: "Ia untuk hari ulang tahun adik saya pada Selasa."

Wanita itu kemudian menghubungi Domino's mengenai tiada pesanan diterima dan mahu membuat pesanan sekali lagi, tetapi tiada bayaran balik dikeluarkan.

Jurucakap Domino's berkata: "Kami mahu seberapa ramai orang dapat menikmati rasa Domino's yang hebat, maka kami memohon maaf sekiranya terdapat masalah ketika membuat pesanan dalam talian.

"Malangnya, pelanggan tidak mahu bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan kami yang telah menjelaskan bahawa bayaran balik itu akan dibuat dalam masa beberapa hari." - Mirror

piza, Domino's

Artikel Lain