SEORANG wanita didapati menipu majikannya apabila memberikan alasan lewat ke tempat kerja kerana tayar keretanya pancit. Rakan sekerja kepada wanita itu, Sydney Whitson berkongsi kisah yang berlaku di media sosial. Wanita berkenaan menghubungi pejabatnya pada suatu pagi dan memaklumkan keretanya mengalami masalah. Dia mendakwa terdapat paku yang tertusuk pada tayarnya sehingga pancit. Bagi membuktikan dakwaan itu, dia kemudian menghantar sekeping gambar kepada majikannya, menunjukkan tayar kereta terkena paku. Bagaimanapun, berdasarkan semakan pada gambar berkenaan secara dekat, begitu jelas imej itu telah disunting. Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuk netizen menghantar gambar-gambar yang menunjukkan keadaan sebenar apabila tayar pancit terkena paku. - Mirror