SEORANG lelaki dilihat membuang air besar pada tangannya sebelum menyapu najisnya itu pada dinding sebuah pub. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan lelaki berkenaan melakukannya pada awal pagi Sabtu di Middlesborough, England. Menerusi rakaman tersebut, seorang lelaki berjalan di hadapan sebuah pub dan berdiri tegak di hadapan premis selama beberapa saat. ARTIKEL BERKAITAN: “Penumpang kalau cirit jangan malu minta bantuan kru kabin” - Pramugari kongsi pengalaman jijik, sinki penuh air najis bersama seluar dalam ARTIKEL BERKAITAN: Paling jijik! Wanita ini selamba ‘sound’ aunty berak tepi jalan, sampai sekarang rasa nak muntah - “Saya nampak dia gunakan tisu untuk lap” Dia kemudian berundur ke sudut dinding sebelum menanggalkan seluarnya untuk membuang air besar. Beberapa serpihan najis kelihatan terjatuh ke lantai. Lelaki tersebut menyapu tangannya yang mempunyai najis itu pada dinding, malah mencalitnya pada tingkap. Dia kemudian menyapu tangannya menggunakan tisu sebaik memakai semula seluarnya sebelum beredar. Insiden tersebut dimuat naik di Facebook oleh kelab sosial The Workes. - Daily Star