suria

Ibu perogol paling prolifik di Britain Reynhard Sinaga masih anggap anaknya seperti ‘bayi’

Reynhard Sinaga. Foto MEN Media

IBU kepada perogol paling prolifik di Britain berkata, dia masih melihat anaknya seperti 'bayi'.

Reynhard Sinaga, 36, disabitkan dengan 159 kesalahan seksual terhadap 48 lelaki.

Reynhard memperdayakan mangsa untuk pulang ke apartmentnya di Manchester, sebelum memberikan dadah dan menyerang mereka secara seksual.

ARTIKEL BERKAITAN: Tersilap mangsa, perogol paling dikehendaki di Britain ‘tumpas’ di tangan pemain ragbi

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa serang 195 lelaki bersuara, rakan di Indonesia labelkan Reynhard Sinaga pelajar popular - “Hukuman yang dikenakan setimpal”

Polis percaya dia telah menyerang sekurang-kurangnya 195 lelaki, berusia lingkungan 18 hingga 35 tahun.

Salah seorang mangsa dirogol sebanyak lapan kali dalam tempoh lapan jam di apartmentnya.

Normawati Sinaga menggambarkan anaknya sebagai anak yang pendiam, sering pergi ke Gereja dan bermain piano.

Dia sebelum ini merayu agar anaknya itu kembali ke tanah air di Indonesia untuk bersama dengan keluarganya.

Bercakap kepada Sunday Times, Normawati berkata, dia tidak mengetahui anaknya seorang gay dan percaya mangsa hanya mereka cerita.

"Kami adalah keluarga yang baik tidak mempercayai homoseksual. Dia adalah bayi saya," katanya.

Menurut Normawati, dia sebelum ini merayu Reynhard agar kembali ke Indonesia, tetapi anaknya itu mahu terus berada di United Kingdom bagi meneruskan cita-citanya sebagai pensyarah. - Daily Star

Artikel Lain