suria

Hanya kerana kata laluan Wifi, adik cekik kakak hingga mati

Pergaduhan antara dua beradik yang berpunca daripada kata laluan wifi berakhir apabila Kevon (kanan) mencekik kakaknya, Alexus (kiri) sehingga mati. Foto: FB

PERBALAHAN mengenai kata laluan Wifi dalam sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang remaja lelaki mencekik kakaknya sehingga mati.

Ia bermula apabila Kevon Watkins, 16, menukar kata laluan sambungan internet itu di rumah mereka.

Tindakan itu dilakukan kerana dia kecewa dengan sikap ahli keluarganya yang gemar menggunakan internet sehingga mengganggu pemainan videonya gara-gara internet kurang laju.

Ibunya, Latoya, kemudian menanggalkan router Wifi dan meletakkannya di dalam bilik tidur, di mana ia menyebabkan berlaku perbalahan antara anak-anaknya.

Mahkamah diberitahu bahawa Kevon marah dan menggesa ibunya menyambungkan kembali internet.

Alexus Watkins, 19, cuba untuk mempertahankan ibunya daripada diserang, namun dia pula menjadi sasaran remaja lelaki tersebut.

Latoya cuba untuk meleraikan perbalahan kedua-dua beradik itu namun tidak berjaya.

Salah seorang anaknya menghubungi polis.Apabila seorang pegawai polis tiba 10 minit kemudian, Kevin masih mencengkam leher Alexus.

Pegawai polis itu mengarahkan Kevin meleraikan cengkaman dan sebaik sahaja dia menuruti arahan tersebut, Alexus terus rebah.

Alexus dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia pada awal pagi keesokan harinya akibat asphyxiation (lemas).

Susulan tragedi itu, Kevin didakwa menyebabkan kematian dan ditempatkan di pusat tahanan.

Selepas perbicaraan selama dua hari, hakim mendapati Kevon bersalah kerana melakukan jenayah berat dan serangan yang ganas.- Dailystar

Wifi, kata laluan, cekik

Artikel Lain