suria

Diabai ibu bapa penagih dadah, budak 7 tahun tinggal dalam rumah dipenuhi timbunan sampah

Keadaan rumah yang didiami kanak-kanak itu bersama ibu bapanya.

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bebanan.

Itulah yang dapat menggambarkan nasib seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang diabaikan ibu bapanya yang juga penagih dadah.

Lebih pilu, dia dibiar tinggal dalam rumah yang dipenuhi sampah di Leicester, England.

Dia ditemui di kediaman itu pada Disember 2018 selepas aduan dibuat kerana tidak hadir ke sekolah selama enam bulan.

Selain rumah yang dipenuhi sampah, polis turut menemui peralatan berkaitan dadah.

Ujar kanak-kanak itu, dia hanya makan biskut untuk mengalas perut.

Dalam perbicaraan mahakamah, ibu bapa kanak-kanak itu mendakwa sudah tidak terlibat dengan najis dadah.

Malah, mereka turut menyesal kerana tidak menghantar kanak-kanak itu ke sekolah dan membiarkan rumah dipenuhi sampah.

Kedua-dua mereka bagaimanapun mengaku bersalah atas kesalahan cuai menjaga anak dan dipenjara sepuluh bulan dan setahun tempoh untuk pemulihan dadah. - Daily Star.

sampah, penagih dadah

Artikel Lain