TIDAK berhati perut. Itulah yang dapat disimpulkan mengenai perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pembantu rumah apabila memasukkan air kencing, air liur dan darah haid ke dalam makanan majikannya. Lebih teruk lagi, dia berbuat demikian sebelum bertindak mencuri wang bernilai 8,000 pound sterling di peti simpanan majikannya. Pembantu rumah berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Diana turut mencuri wang di kediaman majikannya di Singapura antara Ogos 2017 dan Jun 2018. Namun pada Ogos 2019, Diana memasukkan air kencing, air liur dan darah haidnya ke dalam air minuman keluarga itu. Malah dia turut mencampurkan cecair itu ke dalam nasi yang disediakan untuk keluarga tersebut. Diana bagaimanapun mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang disabitkan terhadapnya. Majikannya membuat laporan polis berhubung perkara itu pada Oktober 2019. Diana turut meminta maaf kepada majikannya dan amat menyesali perbuatannya itu. Dia mendakwa terpaksa mencuri wang tersebut kerana keluarganya di Indonesia amat memerlukan wang. - Dailystar.co.uk