suria

Dubur tercucuk berus tandas ketika mandi, najis bersepai dalam perut

Pembedahan terpaksa dilakukan sebaik sahaja doktor mendapati keadaan kanak-kanak ini lebioh serius daripada apa yang disangka. -foto China Press

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun tergelincir ketika mandi dan entah bagaimana berus tandas tercucuk bahagian duburnya dalam satu kemalangan pelik tapi benar yang berlaku pada 22 Mei 2019.

Menurut China Press, budak lelaki dari Nantong City, wilayah Jiangsu di China itu sedang mandi dan kebetulan tergelincir jatuh atas berus tandas yang diletakkan menegak di dinding bilik mandi.

Pemegang berus tandas itu tercucuk bahagian duburnya menyebabkan berlaku kecederaan parah.

Bukan itu sahaja, pemegang berukuran 10cm panjang itu juga telah merosakkan usus kecil kanak-kanak berkenaan, menyebabkan najisnya bersepai dalam rongga perutnya.

Keadaan ini menyebabkan berlakunya jangkitan dalam perut dan gejala lain seperti sakit perut, kerap muntah, demam teruk dan juga kejutan septik.

Malang tidak berbau, berus tandas juga boleh menyebabkan kecederaan serius. -Gambar hiasan Deposit Photos, Lazada

Kanak-kanak itu segera dibedah yang mana pembedahan laparoskopi dilakukan di abdomen atau pelvis dengan bantuan kamera dan doktor mendapati keadaan lebih serius daripada yang disangka.

Bahagian perut dan pelvisnya penuh dengan najis sehingga pakar bedah tidak dapat menemui lubang yang tercucuk berus tandas itu.

Bagaimanapun, pakar bedah masih dapat membersihkan najis dan mengenal pasti lubang di bahagian atas rektum.

Untuk mengelakkan berlakunya lebih jangkitan, doktor perlu melakukan Colostomy, yang memerlukan budak itu, untuk sementara waktu membuang air besar melalui dinding perutnya ke dalam beg khas di bahagian luar badan.

Selepas empat jam, pembedahan itu berjaya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu masih tidak stabil kerana dia terus mengalami demam teruk dan dipindahkan ke unit penjagaan rapi.

Selama berbulan-bulan, dia akhirnya beransur pulih dan dibenarkan keluar hospital pada Januari 2020.

Dalam masa empat bulan lagi dia akan menjalani pembedahan lain supaya dia boleh membuang air besar semula.-WOB

kemalangan, dubur, berus tandas

Artikel Lain