POLIS di Leichester, United Kingdom memburu seorang lelaki bersenjatakan pisau yang menikam seorang kanak-kanak berusia 10 tahun. Lebih menyedihkan, insiden tersebut berlaku di hadapan ibu mangsa. Murid itu diserang hanya beberapa meter dari sebuah nurseri di Belper Street, dalam kejadian pada pukul 5.20 waktu tempatan Sabtu. Penyerang digambarkan sebagai lelaki Asia berkulit cerah, berusia pertengan 20-an, berketinggian 5 kaki 10 inci, berbadan gempal dan memakai jaket warna coklat. Jurucakap polis Leicestershire berkata, seorang kanak-kanak berusia 10 tahun bersama ibunya didekati seorang lelaki sebelum menikam mangsa. "Lelaki berkenaan kemudian melarikan diri dari tempat kejadian. "Orang awam membuat panggilan kecemasan dan kanak-kanak itu dibawa ke Pusat Perubatan Queen di Nottingham," katanya. Tambah jurucakap polis, mangsa kini dalam keadaan stabil. - Daily Star