SEORANG wanita berang apabila seluar kait kesayangannya dirosakkan suaminya secara tidak sengaja. Lebih melucukan seluar kait itu yang dicuci suaminya menggunakan mesin basuh tiba-tiba mengecil. Seluar itu kini muat dipakai kanak-kanak selepas dikeringkan menggunakan pengering mesin basuh. Wanita itu kemudian memuatnaik gambar suaminya yang kelihatan tersipu malu sambil memegang seluar kait itu di sebuah laman Facebook. Reaksi suami wanita tersebut yang tersipu malu selepas insiden tidak disengajakan itu. Malah wanita itu turut bergurau bahawa dia mahu menjual suaminya itu bagi mendapatkan wang ganti rugi seluar itu yang sudah habis dijual. Namun beberapa wanita turut meluahkan mereka pernah melalui nasib sama sepertinya. "Suami saya turut tidak dibenarkan membasuh pakaian saya selepas merosakkan baju dan seluar mahal saya di dalam mesin pengering," kata seorang netizen. - Metro.co.uk