suria

Baiknya hati.... lelaki sanggup labur duit sendiri beli basikal curi untuk dipulangkan kepada pemilik asal

Selepas membeli basikal tersebut, Ste membuat perkongsian di Twitter bagi mencari pemilik asalnya. Foto: Twitter Ste Burke

SEORANG lelaki sanggup melabur wang sendiri untuk membeli sebuah basikal yang dicuri demi mengembalikannya kepada pemilik asalnya.

Ste Burke, 26, membayar £ 80 (RM 427) untuk basikal itu, yang mana harga asalnya adalah kira-kira  £ 1350 (RM 7,209).

Ste berkata, dia baru pulang dari gim apabila dihampiri oleh tiga lelaki yang bertanyakan kepadanya sama ada dia mahu membeli basikal itu.

Menurut Ste, dia menyedari basikal tersebut merupakan basikal curi setelah melihat kunci basikal di belakang rodanya.

"Mereka ingin menjual basikal £ 1350 dengan harga £ 100 (RM534). Saya menawarkan kepadanya £ 80 dan dia setuju.

"Saya kemudian membuat perkongsian mengenai basikal itu di Twitter," katanya.

Perkongsian itu menjadi tular dan Ste dihubungi oleh seorang wanita yang mendakwa mengetahui identiti pemilik asal basikal itu.

Beberapa jam kemudian, pemilik asal basikal tersebut menemui Ste dengan membawa kunci dan resit bukti pembelian basikal tersebut sebelum ini.

Ste bagaimanapun menolak sebarang bayaran daripada lelaki berkenaan kerana simpati dengan nasibnya.

"Saya memberitahunya bahawa saya tidak patut mengambil wang dari seorang lelaki yang baru sahaja rumahnya dirompak," kata Ste. - Metro.co.uk

basikal, curi, pemilik asal

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan