suria

Gempar gumpalan aneh seperti otak manusia terdampar di pantai... ramai ingat ‘alien laut’, cebisan mayat

Penemuan gumpalan aneh di pantai South Carolina di Amerika Syarikat. Foto Facebook/Daily Star

MAKHLUK laut seperti alien berwarna merah jambu menggemparkan penduduk apabila ia terdampar di pantai South Carolina di Amerika Syarikat.

Gumpalan aneh seperti jeli itu ditemui di Pantai Folly oleh Alexander Ilg‎ dari Charlton.

Dia kemudian memuat naik foto penemuan itu secara dalam talian.

Alexander bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti apakah makhluk berkenaan.

"Ada sesiapa tahu apakah ini?" tulisnya mengenai objek seperti otak manusia itu sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.

Alien lautan dan hingus ikan paus antara tekaan netizen.

Malah, ada yang mengandaikannya sebagai otak jerung atau sebahagian daripada gumpalan besar gula-gula getah.

Turut timbul spekulasi apabila ada yang melihatnya sebagai cebisan mayat. 

Mereka kemudian membuat kesimpulan bahawa ia dikenal pasti sebagai babi laut, yang merupakan sebahagian daripada hidupan laut yang dipanggil tunicates.

Tunicates merupakan organisme yang kerap dijumpai di perairan South Carolina, sering melekat pada jeti dan bot dan menyaring air laut untuk nutrien.

Hidupan laut itu terdiri daripada pelbagai warna termasuk merah jambu, merah, hijau dan hitam. - Daily Star

Artikel Lain