PASANGAN suami isteri ditahan selepas memuatnaik video yang memaparkan perlakuan tidak senonoh mereka di media sosial. Media tempatan di Kuwait melaporkan pasangan itu ditahan di kediaman mereka selepas klip video itu tular di Twitter. Rata-rata netizen menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai tidak bermoral. Dalam video itu pemuda tersebut dilihat menyikat dan meramaskan rambut isterinya. Rakaman itu juga menunjukkan wanita itu dengan sengaja menayangkan punggungnya sebelum membuat komen berbaur lucah dalam bahasa Arab, menurut Gulf News. Polis mengkaji video itu dan mengenal pasti pasangan itu sebelum menahan mereka pada Selasa lalu. Sumber pihak berkuasa Kuwait berkata saman telah difailkan terhadap pasangan itu dengan pendakwa raya mendakwa mereka atas tuduhan melanggar norma kesopanan awam. Media tempatan berkata pasangan itu dipercayai berkongsi video itu dengan niat untuk menimbulkan kritikan terhadap mereka. - Mirror.co.uk