SEORANG pengantin perempuan terpaksa membelanjakan lebih £1,000 (RM5,345) untuk membeli rambut palsu pada majlis perkahwinannya, gara-gara rambutnya 'dirosakkan' oleh sepupunya. Pada awalnya dia mahu rambutnya kelihatan panjang dengan beberapa tambahan baharu, tetapi sebaliknya ia dipotong. Sepupunya yang merupakan pendandan rambut menawarkan wajah baharu. Pengantin itu diminta untuk membuat bayaran terhadap kerosakan yang dialaminya, tetapi dia enggan berbuat demikian. Bersama sepupunya Milly, dia mahu rambut tambahan pada majlis perkahwinannya. Bagi menjimatkan perbelanjaan, pengantin perempuan menawarkan bantuan rambut baharu, yang mana caj dikenakan separuh berbanding di salon. Bagaimanapun, hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Pengantin itu kemudian berkeras agar sepupunya membeli rambut palsu untuk majlis perkahwinannya. Kejadian berlaku dua bulan sebelum majlis perkahwinannya, dan rambutnya tidak tumbuh tepat pada masanya. - Mirror