suria

Belum meninggal dunia, lelaki terkejut jumpa kubur sendiri... dakwa bekas isteri punya angkara

Alan terkejut menjumpai batu nisan yang tertera namanya. Foto Paul Reid

SEORANG lelaki terkejut apabila menjumpai kubur sendiri walaupun dia masih hidup.

Alan Hattel berkata, dia tertanya-tanya apabila tiada seorang pun menghubunginya selama tiga atau empat bulan.

Dia bagaimanapun tidak mengetahui punca ia berlaku.

Namun kini, Alan percaya ramai yang fikir dia sudah meninggal dunia dan tiba masanya mereka perlu mengetahui kebenarannya.

Walaupun tidak pasti, dia mendakwa bekas isteri merupakan dalang yang membuat batu nisan di kubur berkenaan.

Alan, 75, yang merupakan pesara dari Forfar, Tayside di Scotland berkata: "Telefon saya tidak berdering selama tiga atau empat bulan.

"Dulu saya keliru tetapi sekarang saya tahu kenapa tiada seorang pun yang menghubungi saya.

"Saya tidak mahu dikebumikan, saya merancang untuk ia dibakar.

"Saya masih hidup," katanya sambil berdiri di sebelah batu nisan yang tertulis namanya.

Tambahnya, laporan mengenai kematiannya telah diperbesar-besarkan. - Metro

kubur, batu nisan, suami, mati, meninggal dunia

Artikel Lain