suria

Wanita selamba naik pesawat dari London ke Berlin guna pasport bayi lelaki

Lenesha Riley menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London ke Berlin, selepas secara tidak sengaja menggunakan pasport bayinya. - SWTP

SEORANG ibu menaiki penerbangan ke Jerman menggunakan pasport bayi lelakinya tanpa disedari kakitangan lapangan terbang.

Lenesha Riley, 33, menaiki penerbangan dari Lapangan Terbang Luton di London, United Kingdom ke Berlin, Jerman dengan menggunakan dokumen bayinya secara tidak sengaja.

Dia hanya menyedari menggunakan dokumen anaknya, Josiah sehingga dia tiba di ibu negara Jerman, semasa pemeriksaan di kaunter pasport.

Lenesha yang berasal dari London, terkandas di bandar raya itu dan tidak dapat pulang ke negaranya.

Dia kemudian terpaksa meminta sepupunya menaiki penerbangan ke Berlin untuk membawa pasportnya yang sah.

Lenesha mendakwa insiden itu tidak disengajakan meskipun pegawai di Luton mengimbas dokumen tersebut.

"Takutnya bila fikir orang lain boleh keluar dan masuk negara menggunakan pasport yang berbeza.

"Ia sudah tentu risiko keselamatan," kata Lenesha.

Pegawai imigresen di Berlin membenarkannya masuk ke negara itu apabila seorang saudaranya menghantar salinan pasportnya.

Lenesha berkata, dia tidak percaya kakitangan sebuah syarikat penerbangan membiarkannya menaiki penerbangan tanpa mempersoalkan dokumennya.

Seorang jurucakap syarikat penerbangan itu berkata: "Puan Riley melalui pemeriksaan keselamatan penuh untuk pelepasan, bagaimanapun pemeriksaan visual tambahan yang dilakukan untuk berlepas perlu bertanggungjawab terhadap itu isu tersebut.

"Kita sedang menyiasat bagaimana dia boleh menaiki penerbangan dari Luton ke Berlin tanpa dokuman yang sah," katanya. - Daily Star

pasport, bayi, Luton, Berlin, London

Artikel Lain