SEORANG lelaki bersama ayahnya mendakwa melihat 'raksasa air' ketika sedang memancing di sebuah tasik di Kanada. Mengikut cerita mitos rakyat Kanada, raksasa yang digelar Ogopogo itu dikatakan hidup di Tasik Okanagan sejak abad ke-19. Bagaimanapun, tiada bukti sahih mengenai cerita mitos tersebut. Bagaimanapun, lelaki berkenaan, Blake Neudorf percaya keadaan itu sudah berubah selepas dia mendakwa berjaya merakam imej yang dikatakan raksasa mitos itu. Menerusi klip video yang dimuat naik di YouTube, kelihatan satu objek perlahan-lahan berenang di atas permukaan tasik. Blake dan ayahnya tidak dapat menjelaskannya dan terkejut dengan apa yang disaksikan mereka. Kemuculan aneh itu berlaku pada 10 Julai 2018, tetapi Blake hanya berkongsi rakaman itu di YouTube pada 2 Januari lalu. "Saya boleh katakan ia sepanjang sekurang-kurangnya 60 kaki anda dapat melihatnya secara visual di dalam air. "Semasa dirakam, terdapat sekelompok kecil orang yang turut sama merakam dari pesisir tasik," katanya. - Dailystar