SEBAGAIMANA diketahui umum, pasar penjualan haiwan eksotik di Wuhan, China merupakan tempat pertama wabak koronavirus dikesan. Malah, kemungkinan besar virus yang kini mengakibatkan kematian 80 mangsa di negara itu berpunca daripada haiwan liar yang dijual dan menjadi makanan penduduk tempatan. Terbaharu, kerajaan negara itu mengharamkan penjualan daging hidupan liar dalam usaha untuk mengekang wabak berkenaan. Sekatan penjualan itu berkuat kuasa serta merta dan akan berterusan sehingga berakhirnya wabak koronavirus. Setakat ini, hampir 3,000 kes koronavirus dikesan di negara itu. Dalam perkembangan berasingan, Hong Kong mencatat lapan kes positif koronavirus diikuti Amerika Utara (6) dan Macau (5). - SCMP.