REMAJA lelaki yang berjaya 'menumpaskan' perogol paling prolifik Britain, Reynhard Sinaga sehingga membawa kepada penangkapannya memaklumkan dia telah memukul penjenayah berkenaan dengan kuat. Remaja itu yang juga seorang pemain ragbi menjadi mangsa terakhir Sinaga selepas dia tersedar ketika lelaki tersebut sedang cuba merogolnya. Remaja yang tidak dinamakan itu memberitahu bagaimana dia tersedar dalam keadaan separuh bogel, sebelum bertindak memukul Sinaga dan melepaskan diri, seterusnya membuat panggilan kepada pihak polis. "Saya fikir saya mungkin membunuhnya, saya tidak tahu apa yang saya lakukan, saya menggunakan naluri saya dan adrenalin untuk bertahan hidup," kata remaja terbabit. Sinaga kini telah disabitkan dengan 136 kesalahan rogol terhadap 48 lelaki berusia 17 hingga 36 tahun - dan dipercayai mungkin lebih ramai lagi lelaki yang menjadi mangsanya. Pemain ragbi itu memberitahu bahawa dia tidak menyangka menjadi seorang 'wira' yang berjaya membongkar kegiatan jenayah Sinaga. - Metro.co.uk