suria

“Menakutkan berada di sana” - Guru pulang dari Wuhan kongsi pengalaman dikuarantin, kagum lihat pasukan medik

Micahel Hope (gambar kiri) perlu dikuarantin selama 27 selepas pulang dari Wuhan, China. -foto PA/EPA/Getty

SEORANG guru seni yang dikuarantin selama 27 jam kerana disyaki terkena jangkitan koronavirus menyatakan rasa lega selepas dibebaskan.

Michael Hope, 45, kembali ke Newcastle selepas mengajar di Wuhan, bandar di China yang yang dikatakan menjadi pusat sebelum tersebarnya virus itu.

Apabila mula berasa tidak sihat Hope pada awalnya menyangka ia disebabkan 'jet lag'.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami sangat terdesak...” - Wanita cerita pengalaman ngeri lihat mayat bergelimpangan di hospital, jururawat menangis minta bantuan

ARTIKEL BERKAITAN: Bimbang dijangkiti koronavirus, penduduk Wuhan terpaksa guna tuala wanita sebagai pengganti topeng muka

Tetapi selepas memberitahu doktor mengenai perjalanannya dari Wuhan baru-baru ini, dia dikejarkan ke Royal Victoria Infirmary dan diletakkan secara berasingan.

Hope menjalani ujian yang dilakukan petugas medik yang memakai sut perlindungan 'kelihatan seperti angkasawan' dan akhirnya memberitahu bahawa dia terkena selesema.

"Saya rasa macam ET, jujur. Ia betul-betul wujud," katanya.

Gambar yang dimuatnaik di media sosial Central Hospital of Wuhan pada Sabtu menunjukkan petugas perubatan sedang merawat pesakit. -foto Central Hospital of Wuhan via WEIBO/REUTERS

Semasa tempoh pengasingan, Hope berkata jururawat terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk memakai alat pelindung hanya untuk menghantar pisang kepadanya untuk sarapan pagi.

Tambahnya dia bersyukur kerana mendapat 'patch' nikotin (terapi untuk perokok) yang diberikan melalui bawah pintunya.

"Penjagaannya luar biasa. Menakutkan berada di sana, tetapi mereka membuatkan saya berasa agak santai.

"Mereka sangat berperi kemanusiaan walaupun kelihatan seperti angkasawan. Saya kagum betapa cepatnya mereka berurusan.

"Mereka akan masuk melalui satu pintu tertutup dan keluar melalui satu lagi pintu. Setiap kali mereka keluar, mereka terpaksa melupuskan pakaian mereka," katanya.

Hope berkata pelan penjagaan jelas dirancang dengan baik dan dia menyedari rawatan itu bukan hanya tentang kesihatan dirinya semata-mata tetapi juga untuk orang awam.

Dia juga terkenangkan rakan-rakan di China yang sepatutnya meraikan Tahun Baharu ketika ini.

"Saya berasa sangat sedih untuk mereka, saya bernasib baik dapat keluar," katanya.

Setakat ini jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 41 manakala lebih dari 1,300 orang telah dijangkiti di seluruh dunia, dengan Malaysia, Perancis dan Australia menjadi negara terbaharu untuk mengesahkan kes. -Metro UK

Artikel Lain