suria

Wanita tergamak tuang vodka dalam mulut bayi, bapa perjelas sekadar gurauan

Seorang bayi dikatakan diberikan minuman vodka. Foto Snapchat

MEDIA sosial dikejutkan dengan sebuah video yang dilaporkan menunjukkan seorang wanita menuangkan minuman vodka ke mulut seorang bayi perempuan.

Kanak-kanak itu dilihat diberikan minuman vodka semasa baring di atas kusyen.

Seorang lelaki yang dikatakan bapa kepada bayi berkenaan hanya duduk dan melihat insiden tersebut.

Klip berkenaan dipercayai dirakamkan di New Zealand.

Bagaimanapun, bapa kepada kanak-kanak itu tampil memberikan penjelasan selepas didakwa menerima ancaman dalam talian.

Dia memberitahu bahawa hanya orang yang tidak berfikiran waras sanggup memberikan minuman vodka kepada bayi sendiri.

Bercakap kepada New Zealand Herald, katanya: "Saya dan isteri serta beberapa rakan di situ dan kami hanya bergurau bersamanya.

"Saya seorang ayah dan anak-anak saya adalah jiwa saya," katanya.

Polis New Zealand berkata, mereka tidak menerima sebarang laporan berkaitan dengan klip video tersebut.

Menteri kanak-kanak berkata: "Kami menyedari sebuah video yang tersebar di media sosial, dan akan bekerjasama dengan polis sekiranya perlu." - Mirror

vodka, bayi, video

Artikel Lain