suria

Foto bangkai penyu terperangkap dalam gumpalan tali pancing menang anugerah

Shane Gross merakam situasi menyedihkan ini di dasar laut sekitar kepulauan Bahamas.

KESEDARAN untuk tidak membuang plastik ke laut anda mesej yang disampaikan menerusi gambar yang diangkat sebagai pemenang Pertandingan Seni Foto Dasar Laut bagi kategori pemuliharaan.

Seekor penyu dirakam terperangkap dalam gumpalan tali pancing dengan plastik dan sampah di sekelilingnya. Ia dirakam jurugambar, Shane Gross ketika menyelam di Eleuthera, Bahamas.

Menurut Business Insider, Gross memberitahu, kejadian yang menimpa penyu malang itu dimaklumkan rakannya yang turut sama melakukan aktiviti menyelam.

"Rakan saya menangis ketika memaklumkan apa yang dilihatnya. Bangkai penyu dalam keadaan menyedihkan dengan tali pancing ikan membelitnya.

"Sebaik diberitahu lokasinya, saya ke sana membawa kamera kerana imej seperti ini boleh memberi amaran dan pengajaran untuk masa depan.

"Tentu sekali kita tidak mahu penyu lain atau haiwan juga mengalami nasib sama kerana kecuaian manusia," katanya.

Foto lain untuk kategori pemuliharaan termasuk ikan yang terperangkap dalam pukat dan ikan pari yang dikelilingi sampah sarap plastik.

Plastik kini menjadi sampah utama di laut hingga menyebabkan kematian hidupan marin di seluruh dunia dan situasi ini di tahap membimbangkan.

Malahan ada hidupan laut yang ditemui mati dengan perut dipenuhi plastik seperti mana berlaku di Filipina, Thailand dan Sepanyol serta banyak lokasi lain lagi.

Juga separuh populasi anak-anak penyu mati kerana memakan plastik.

Sehubungan itu, pelbagai usaha dilakukan untuk menangani isu pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada pembuangan plastik seperti kanta pelekap, topeng dan uncang teh.-onegreenplanet.org


Shane Gross, penyu

Artikel Lain