suria

Cuba, Jamaica dilanda gempa bumi paling kuat pernah direkodkan

Orang ramai meninggalkan bangunan pasar komersil Lonja del Comercio di Havana selepas berlaku gegaran. -foto AFP

GEMPA bumi kuat telah melanda kawasan antara Cuba dan Jamaica dengan mereka yang berada sejauh Miami dapat merasakan gegarannya.

Gempa itu, yang berukuran 7.7 magnitud pada skala Richter melanda selatan Cuba dan barat laut Jamaica pada pukul 2.10 petang waktu tempatan, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat.

Menurut Earthquake Track, ia adalah gempa bumi paling kuat yang pernah direkodkan di kedua-dua pulau tersebut.

Pusat Amaran Tsunami AS sebelum ini telah mengeluarkan amaran untuk Jamaica, Cuba dan Kepulauan Cayman tetapi menyatakan ancaman tsunami kini telah berlalu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kerosakan utama dilaporkan setakat ini.

Gempa itu juga melanda Kepulauan Cayman, menyebabkan jalan retak dan lantai berlubang.

Gempa itu berlaku 1,989 km tenggara dari Houston, Amerika Syarikat pada kedalaman 10 km.

Ramai yang memberitahu mereka dapat merasakan gegaran sejauh Miami, dengan seorang wanita berkata seluruh bangunan bergoyang dan berkongsi video lampu yang bergegar. -Metro UK

gempa bumi, tsunami, Amerika, Cuba, gegaran

Artikel Lain