suria

212 kematian akibat koronavirus dicatat di China, WHO risau negara kurang berkemampuan tak mampu tangani wabak

Di Hubei sehaja, 60 juta individu disekat keluar bagi mengekang penularan virus itu. FOTO: BERNAMA.

WABAK koronavirus semakin meruncing di China apabila rekod semasa mencatatkan 212 kematian.

Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) pada Khamis malam berkata, mereka mengisytiharkan penularan wabak itu sebagai kecemasan peringkat global, yang mana ia telah merebak ke 18 negara setakat ini.

Untuk rekod, 1,220 kes dicatat di Hubei sehingga 30 Januari, menjadikan jumlah keseluruhan 6,000 kes di wilayah itu.

Malah, hampir 100 kes dikesan di negara lain sehingga menyebabkan sekatan perjalanan, sentimen anti-China di sesetengah tempat serta peningkatan jualan topeng wajah.

Di Hubei sehaja, 60 juta individu disekat keluar bagi mengekang penularan virus itu.

Dalam pada itu, ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus mengakui risau akan beberapa negara yang tidak mempunyai sumber untuk menguruskan wabak itu.

"Tujuan utama deklarasi ini bukan kerana apa yang berlaku di China, sebaliknya apa yang sedang berlaku di negara lin.

"Kebimbangan terbesar kami tentunya potensi penyebaran virus ke negara yang ada sistem kesihatan lemah," ujarnya. - Reuters.

WHO, koronavirus, China, Hubei

Artikel Lain