SEORANG jururawat ditahan selepas didakwa cuba meracun lima bayi dengan morfin di sebuah hospital di Jerman. Salah seorang daripada mereka mengalami masalah kesukaran bernafas dan bahan terlarang ditemui di dalam air kencing bayi tersebut. Picagari mengandungi susu badan dicampur morfin ditemui di dalam sebuah almari di hospital tersebut. Menurut laporan Spiegel, kesemua bayi itu diberi susu badan yang sudah diracun dan jururawat tersebut didakwa atas pertuduhan cuba membunuh. Dalam satu kenyataan media, hospital berkenaan berkata:"Disebabkan tindakan segera hospital, kesemua bayi itu kini dalam keadaan stabil dan boleh bernafas sendiri." Kelima-lima bayi yang diracun itu berusia antara sehari hingga lima minggu. Tiga daripada mereka terpaksa diberi bantuan oksigen. Susulan insiden itu hospital terbabit memohon maaf kepada keluarga mangsa. - Mirror.co.uk