suria

Jutawan batal hasrat cari peneman ke bulan selepas hampir 30,000 wanita cuba nasib

Yusaku membatalkan hasratnya atas alasan peribadi.

SEORANG jutawan membatalkan hasratnya untuk mencari teman wanita bagi menemaninya terbang ke angkasa selepas lebih 27,000 wanita mencuba nasib mereka.

Yusaku Maezawa mencari seorang wanita untuk menemaninya berlepas ke bulan sebagai penumpang pertama SpaceX Elon Musk.

Pencarian itu dilakukan untuk sebuah rancangan dalam Abema TV.

Namun jutawan berusia 44 tahun itu membatalkan misi tersebut atas alasan peribadi.

Yusuka, lelaki ke-22 terkaya di Jepun itu menjelaskan alasan dia membatalkan misi tersebut di Twitter.

"Atas sebab peribadi saya memaklumkan AbemaTV semalam mengenai keputusan saya untuk tidak terlibat dengan dokumentari mencari jodoh itu. Oleh itu saya meminta agar rancangan itu dibatalkan.

"Saya faham saya telah mengecewakan orang ramai khususnya wanita dan semua kakitangan AbemaTV. Saya mohon maaf di atas keputusan saya ini," katanya.

Yusaku amat dikenali kerana sering menawarkan wang tunai kepada orang ramai di Twitternya.

Dia mengasaskan rantaian fesyen dalam talian Zozotown dan percaya semua rakyat perlu diberi jaminan tunai secara tetap yang difikirkannya mampu meningkatkan produktiviti.

Katanya, dia akan memberikan 1 juta yen kepada 1,000 pengikut Twitternya yang mengulang kicau postingnya sejak awal tahun ini. - Mirror.co.uk

jutawan, Jepun, kekasih, bulan