ENGGAN lagi hidup sunyi tanpa pendamping di sisi, seorang jejaka tampil dengan idea kreatif untuk mengiklankan dirinya. Mark Rofe, 30, dari Sheffield, England, menyewa sebuah billboard gergasi di sebuah jalan di Manchester untuk mencari pasangan baharu. Hasilnya, dia menerima lebih 1,000 permohonan gadis yang mahu berkenalan dengannya. Kata jejaka itu, dia semakin terdesak memandangkan Hari Kekasih akan tiba tidak lama lagi. "Saya cakap pada kawan, betapa susahnya guna aplikasi cari jodoh. Saya berjenaka untuk letakkan wajah pada billboard. "Kami ketawa mengenainya tapi ia merupakan idea yang bagus," ujarnya yang membelanjakan £425 (RM2,298) untuk iklan berkenaan. Tambanya, billboard itu mempunyai ketinggian tiga meter dengan lebar enam meter. Malah, dianggarkan 460,000 individu akan melalui jalan tempat billboard berkenaan dipasang pada setiap minggu. - Daily Star.