suria

Syarikat Jepun perkenal kit keranda DIY untuk jimat kos pengebumian

Demonstrasi untuk memasang keranda. Foto RUPTLY

SEBUAH syarikat Jepun menghasilkan idea bernas untuk memastikan kos pengebumian adalah rendah, dengan memperkenalkan kit 'bina sendiri keranda anda'.

Kit yang menjimatkan kos itu digunakan untuk pengebumian beberapa kaki di bawah tanah.

Walaupun kit tersebut memerlukan kos tambahan seperti sewa tanah dan kos pengebumian, idea tersebut masih menjimatkan.

Bagaimanapun, kit yang membabitkan kos kira-kira £256 (RM1,383) tidak termasuk caj penghantaran.

Ia mungkin memerlukan orang lain untuk memasangkan keranda tersebut, tetapi syarikat itu menjelaskan seseorang itu tidak seharusnya mencuba pengebumian di rumah atau bakar, meskipun menyukai sesuatu yang murah.

Keranda tersebut disertakan dengan tilam dan bantal. Foto RUPTLY

Menurut laman web tersebut, kit berkenaan mengandungi sebuah keranda kayu, satu bekas abu mayat, satu kota warna perak untuk menyimpan tulang dari proses pembakaran.

Selain itu, ia turut mengandungi set bantal, tilam dan comforter.

Pembeli juga akan diberikan buku panduan DIY (Do-It-Yourself), termasuk Furoshiki iaitu kain yang digunakan untuk membungkus sesuatu.

Ketua Pegawai Eksekutif Tsubasa Public Utility Co yang mengeluarkan kit tersebut, Shinohara Norifumi, berkata: "Manual tersebut mengandungi maklumat mengenai bagaimana untuk membawa jenazah, bagaimana untuk membawanya turun dan bila sebenarnya dibakar, bagaimana mahu membuat temujanji, bagaimana melakukannya untuk proses tersebut, semuanyanya dijelaskan". - Mirror 

keranda, DIY, pengebumian

Artikel Lain