suria

Pesakit kanser dipenjara 10 bulan, doktor pula sahkan ada 30 hari sahaja lagi untuk hidup

Ashley dipenjara kerana kesalahan mencuri di sebuah pasaraya.

ASHLEY Menser dijatuhkan hukuman penjara sepuluh bulan kerana mencuri barangan runcit di sebuah pasaraya di Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Di sebalik hukuman hampir setahun itu, dia pula disahkan oleh doktor hanya mempunyai sebulan sahaja lagi untuk hidup.

Ia kerana wanita berusia 36 tahun itu merupakan pesakit kanser ovari.

Dalam pada itu, kisah hukuman berkenaan menarik perhatian ramai yang mana ia disifatkan cukup keterlaluan.

Malah, keluarga Ashley turut membuat rayuan kepada mahkamah kerana dia perlu melakukan pembedahan dengan segera.

Menurut ibunya, Stephanie Bashore, Ashley bagaimanapun boleh hidup lebih sebulan jika dia menerima rawatan.

"Dia perlu jalani pembedahan atau dia akan mati.

"Ashley tidak ada pilihan. Doktor dah maklumkan pada kami," ujar ibunya. - Daily Star.

Ashley Menser, kanser ovari

Artikel Lain