SEORANG bekas paramedik mendedahkan bagaimana dia menunaikan permintaan terakhir lebih 14,000 pesakit tenat termasuk pasangan warga emas yang mahu melihat salji buat kali terakhir. Kees Veldboer, 60, membeli sebuah ambulans dan menggunakan kenderaan itu untuk menyempurnakan hasrat terakhir mereka. Dia menggunakan ambulans berkenaan untuk memindahkan seorang pesakit ke sebuah hospital tetapi berlaku sedikit kelewatan, jadi Kees akan bertanya ke mana dia mahu pergi. Lelaki itu memberitahu Rotterdam Harbour. Kees bukan saja membawanya ke lokasi tersebut tetapi memenuhi permintannya untuk pergi berlayar buat kali terakhir. Setahun kemudian Kees dan isterinya, Ineke, 61, menubuhkan Yayasan Sticthing Ambulace Wens. “Seronok melihat orang gembira. Bagi kami ia sesuatu yang mudah untuk dilakukan tetapi bagi mereka ia sesuatu yang istimewa. “Kami berjaya membawa ramai pesakit ke beberapa tempat kegemaran mereka buat kali terakhir. Dalam pada itu, Kees turut membantu dua penyokong bola sepak menyaksikan perlawanan pasukan kesayangan mereka, Ajax buat kali terakhir. - Metro.co.uk