suria

Doktor terawal beri amaran jangkitan koronavirus meninggal dunia

Dr Li meninggal dunia akibat jangkitan koronavirus.

SEORANG doktor di China antara yang terawal memberi amaran mengenai ancaman koronavirus meninggal dunia pada usia 34 tahun.

Dr Li Wenliang yang juga pakar mata di sebuah hospital di Wuhan, China menghembuskan nafas terakhirnya pada Khamis selepas dijangkiti wabak itu.

Terdahulu Dr Li dikritik kerana mendedahkan tujuh pesakit dari sebuah pasar basah di daerah itu disahkan positif penyakit seperti gangguan pernafasan sehingga terpaksa dikuarantin di sebuah hospital pada 30 Disember lalu.

Dr Li memberitahu rakannya dalam satu mesej peribadi tetapi dalam beberapa jam kemudian paparan mesej amarannya itu menjadi tular.

Dia juga didakwa membuat kenyataan palsu mengenai jangkitan baharu itu dan mencetuskan panik di kalangan orang awam.

Pada 10 Januari lalu, Dr Li mula batuk sebelum demam keesokan harinya.

Dia dimasukkan ke hospital dua hari kemudian dan disahkan positif koronavirus pada 30 Januari. - Metro.co.uk

koronavirus, Dr Li, meninggal dunia

Artikel Lain