WABAK koronavirus boleh disebarkan oleh pesakit dijangkiti kepada mangsa lain dalam tempoh 15 saat. Begitulah yang dialami seorang lelaki apabila dia dijangkiti virus baru itu selepas berdiri bersebelahan seorang wanita yang positif koronavirus. Pasukan paramedik di China kini sedang meneliti sejarah perjalanan lelaki berusia 56 tahun itu. Laporang yang dikeluarkan Suruhanjaya Kesihatan Jiangbei berkata lelaki yang dikenali sebagai pesakit 5 itu berdiri bersebelahan seorang wanita (pesakit 2) yang dijangkiti koronavirus dekat sebuah pasar di Shuangdongfang pada 23 Januari lalu. Pegawai kesihatan di china mendedahkan maklumat mengejutkan mengenai penularan virus baharu itu yang telah menjangkiti 30,000 orang di seluruh dunia. Angka kematian akibat koronavirus di negara itu kini melebihi 500 orang. Laporan mendedahkan pesakit 5 berada dekat dengan pesakit 2 selama 15 saat dalam keadaan tanpa memakai penutup mulut. Pada pagi sama, pesakit 5 pergi ke dua pasaraya dan sebuah restoran sebelum disahkan positif koronavirus pada 5 Februari. Pegawai kesihatan Jiangbei berkata seramai 19 individu yang berhubung dengan lima pesakit koronavirus telah dikuarantin. Seramai 92 individu dikuarantin setakat 5 Februari lalu. - Dailystar.co.uk