TERLALU letih untuk mengemas rumah, seorang ibu memutuskan untuk melakukan eksperimen mudah. Wanita dari Australia itu menampal wang pada beberapa sampah di rumahnya berserta nota 'siapa jumpa dia punya'. Ia dilakukan untuk melihat sama ada ahli keluarganya akan mengutip sampah-sampah tersebut apabila dia tidak melakukannya. Bagaimanapun, selepas enam hari sampah itu masih tidak disentuh sesiapa. Selepas seminggu, sampah masih tak disentuh sesiapa. -foto Facebook Dia menulis posting di Facebook: "Perlu buat sesuatu untuk beri inspirasi kepada anak-anak dan suami membersihkan rumah? Jelas sekali cara ini belum berfungsi di sini, mungkin satu hari nanti. "Buat masa ini, saya akan terus meningkatkan hadiah wang itu." Dia menyiarkan gambar-gambar di Facebook menunjukkan sampah-sampah yang diletakkan secara sengaja itu masih berada di lokasi sama, setiap hari dalam seminggu. Posting itu mendapat lebih dari 4,500 tanda suka dengan ramai yang memuji ideanya. "Anak-anak saya mungkin akan kutip sampah tu, ambil wang dan mencampakkannya semula ke lantai dan melupakan keseluruhan tujuan," tulis seorang netizen. "Sampah tu akan mereput di rumah saya, tiada siapa yang akan kutip walaupun ia menyelamatkan nyawa mereka," kata seorang lagi pengguna. -MetroUK