suria

Pelancong ditahan 3 polis di Maldives kerana pakai bikini di khalayak ramai - “Kamu serang saya secara seksual!”

Seorang pelancong ditahan oleh tiga polis kerana berbikini. Foto PA

SEORANG pelancong warga Britain dilaporkan ditarik keluar dari pantai Maldives oleh polis kerana memakai bikini di khalayak ramai.

Rakaman kejadian menunjukkan seorang wanita dengan aksen British ditahan oleh sekurang-kurangnya tiga pegawai di pulau Maafushi.

Wanita itu kedengaran menjerit 'kamu menyerang saya secara seksual' semasa polis cuba menahannya.

Seorang lelaki lain pula dilihat menutup bahagian badannya menggunakan tuala sebelum wanita itu dibawa pergi.

Susulan penahanannya, Pesuruhjaya Perkhidmatan Polis Maldives, Mohamed Hameed mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka kepada wanita itu, dengan mengatakan kejadian itu telah ditangani dengan buruk oleh para pegawainya.

Polis Maldives berkata, mereka menerima aduan daripada seorang orang awam mengenai seorang wanita yang berpakaian tidak sopan dan 'khayal' ketika berjalan di jalan utama pulau itu petang Khamis.

Menurut pasukan polis itu dalam satu kenyataan, wanita berkenaan kemudian didatangi oleh tiga pegawai polis, namun enggan mematuhi peraturan tempatan dan cuba menunjukkan bantahan.

Wanita itu ditahan dan dibawa ke balai polis tempatan sebelum dibebaskan tanpa pendakwaan pada kira-kira pukul 7.10 malam waktu tempatan.

"Pelancong diminta untuk menghormati sensitiviti budaya masyarakat dan peraturan tempatan dengan larangan memakai baju renang ke kawasan tertentu di pulau yang didiami oleh penduduk tempatan," kata polis. - Mirror 

bikini, Maldives, polis

Artikel Lain