suria

Anggota polis wanita dibuang kerja gara-gara sertai pertandingan gambar bogel

Foto yang menyebabkan Anna Anufrieva dibuang kerja. FOTO: Playboy Russia; EAST2WEST NEWS.

SEBAGAI seorang pekerja, ada perkara yang tidak patut kita lakukan demi menjaga nama syarikat dan majikan.

Begitu juga dengan anggota polis wanita dari Rusia ini apabila dia dituduh mencemarkan nama organisasi dengan menyertai pertandingan gambar bogel Majalah Playboy.

Anna Anufrieva, 27, menerima keputusan itu selepas foto berkenaan tersebar pada tahun lalu.

Menetap di Bandar Tyumen, dia mengakui meraih tempat kedua dalam pertandingan berkenaan.

Namun katanya, pemecatan itu membuatkan dia mengalami kesukaran hidup.

Selepas tidak bergelar anggota polis, dia mengalami banyak masalah termasuklah untuk membayar komitmen peribadinya.

Tidak lama kemudian, dia beralih kepada kerjaya baharu dan kini menjadi perancang percutian.

Dia juga sudah membuka syarikat sendiri pada Januari lalu. - Daily Star.

anggota polis, Anna Anufrieva, bogel

Artikel Lain