suria

Putera Harry jalani terapi kesihatan mental akibat trauma kematian ibunya

Putera Harry mengakui trauma dengan kematian ibunya.

PUTERA Harry dilaporkan telah menjalani terapi untuk melupakan kematian ibunya, Puteri Diana.

Duke of Sussex memberi komen mengenai kesihatan mentalnya semasa ucapan pada acara ditaja JP Morgan di Miami, lapor New York Post.

Ia adalah kemunculan pertamanya dikhayalak ramai selepas dia dan Meghan berhasrat untuk meninggalkan keluarga diraja dan menetap di Kanada.

"Harry bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaiamana dia menjalani terapi sejak beberapa tahun lalu untuk mengatasi trauma akibat kematian ibunya.

"Dia juga bercakap bagaimana insiden itu pada usia kanak-kanak memberi kesan pada dirinya sehingga dia bertemu seorang pakar kesihatan mental.

Malah Harry turut bercerita mengenai keputusan berundur dari sistem keluarga Diraja England dengan sumber memberitahu dia tidak menyesal dengan tindakan itu kerana mahu melindungi keluarganya.

Harry mengakui keadaan menjadi lebih sukar dan berkata dia tidak mahu Meghan dan anaknya, Archie merasai apa yang dilaluinya ketika kecil.

Ia bukan kali pertama Harry bercerita mengenai kematian ibunya yang maut dalam kemalangan jalan raya di Paris pada 1997. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain