suria

Enggan pakai topeng muka, ahli bina badan meninggal dunia empat hari selepas sah dijangkiti koronavirus

Seorang ahli bina badan tempatan, Qiu meninggal dunia akibat terkena jangkitan wabak koronavirus. Foto: AsiaWire

GARA-GARA sikap degilnya enggan memakai topeng muka, seorang ahli bina badan tempatan akhirnya meninggal dunia akibat terkena jangkitan wabak koronavirus.

Qiu Jun, yang masih kuat dan aktif walaupun sudah mencecah usia 72 tahun, hanya mampu bertahan selama empat hari ketika menerima rawatan di sebuah hospital.

Dia yang berasal dari bandar Wuhan, pusat di mana wabak tersebut mula dikesan, meninggal dunia pada 6 Februari lalu.

Pesara tersebut sebelum ini sering dilihat bersenam di Zhongshan Park selama beberapa jam.

Dilaporkan, walaupun sering kali dinasihatkan ahli keluarganya, Qiu tetap terus bersenam dan pergi ke gimnasium sehingga seluruh bandar Wuhan mula dikuarantin pada 23 Januari.

Menantunya yang dikenali sebagai Hai, kemudian menghantarnya ke Hospital Union Wuhan selepas diserang demam.

Pada 28 Januari ujian dilakukan ke atasnya, di mana dia didiagnosis positif koronavirus pada 2 Februari.

Qiu diletakkan di wad isolasi di Wuhan Red Cross Hospital pada keesokan harinya, dan meninggal dunia empat hari kemudian. - Dailystar

ahli bina badan, koronavirus, Wuhan

Artikel Lain