suria

Gadis beri keterangan palsu sebelum mengaku buang bayi baru lahir ke dalam sungai

Mayat bayi malang itu ditemui dibuang di dalam Sungai Carrion.

SEORANG gadis yang baru saja bersalin akhirnya mengaku membuang bayi lelakinya ke dalam sungai.

Gadis berusia 23 tahun itu menghubungi ambulans di Palencia, Sepanyol di mana paramedik mendapati dia selamat bersalin.

Namun paramedik tidak menjumpai bayinya di rumah.

Wanita itu memberitahu paramedik dan polis dia bersalin pada 8 Februari lalu tetapi membuang bayinya di dalam sebuah tong sampah di kawasan perindustrian.

Meskipun carian dilakukan, mayat bayi itu tetap tidak ditemui dan gadis tersebut disoal siasat semula.

Semasa di balai polis, gadis itu dan pasangannya mengakui mereka menipu mengenai perkara itu.

Polis kemudian melakukan pencarian semula di kawasan baharu sebelum pasangan itu mengaku membuang bayi itu ke dalam Sungai Carrion.

Pasangan itu kini ditahan dan menunggu untuk dibicarakan di mahkamah. - Mirror.co.uk

buang bayi, sungai, keterangan palsu

Artikel Lain